Rabu, 6 Mei 2015

Isnin, 23 Mac 2015

BAB 6 : PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN


 PENGENALAN 

 Pendidikan adalah satu sistem dinamik yang akan melalui perubahan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan dan aspirasi sesebuah negara. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kita telah sedia maklum bahawa perubahan –perubahan yang berlaku memerlukan komitmen daripada semua pihak. Kegagalan sesuatu perubahan yang cuba dilaksanakan akan merugikan sama ada dari segi kewangan, sumber manusia dan masa. Sehubungan dengan itu, pelbagai strategi perlu disusun dan diatur dalam melaksanakan perubahan.




Sabtu, 21 Mac 2015

BAB 5 : INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN


5.1.1 Konsep inovasi

  • Ronger E miller (1971)- idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang.
  • Spencer (1994)- sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik dari yang lama oleh seseorang individu.
5.2.1 Inovasi Dalam Pendidikan 

Trend dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari ini menunjukkan bahawa kecenderungan pembelajaran :
  • Berasaskan penemuan, inkuiri dan resos, projek dan pembelajaran aktif.
  • Memberikan penekanan kepada mencari, meneroka, menilai dan menggunakan maklumat.
Inovasi pendidikan ialah hasil perubahan teknologi interne dan keperluan dunia tanpa sempadan. Inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk :
  • Pengenalan teknologi baharu
  • Perubahan dalam sistem penyampaian
  • Perubahan dalam prosedur yang boleh meningkatkan produktiviti
5.2 STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN YANG INOVATIF

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)
  • Suatu kaedah pengajaran sistematik yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran pengetahuan/kemahiran melalui proses inkuiri lanjutan yan dibina berdasarkan persoalan asli dan direka untuk menghasilkan produ atau tugasan.
  • Berbentuk projek ringkas ikut mata pelajaran yang ada tempoh masa dalam 1-2 minggu.
  • Projek jangka masa panjang (setahun,merentas kurikulum dan penglibatan komuniti luar sekolah)
  • Ciri-ciri PBL Synteta (berpusat kurikulum, gabungan beberapa mp, berpusat pelajar, berasas kumpulan pembelajaran koperatif/kolaboratif, membawa penghasilan positif, penafsiran berasaskan prestasi.

5.2.2 Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) 

Objektif PBM 

Menurut Barrow & Tamblyn (1980), antara objektif pendidikan kaedah ini diperkenalkan ialah :
  • Mengukuhkan kemahiran pekahar untuk mempelajari sesuatu prinsip, konsep dan belajar menggunakan maklumat dalam pelbagai situasi.
  • Memperkembangkan kemahiran pelajar memberi hujah dan pendapat, berfikiran kritis, serta kemahiran membuat keputusan.
  • Memperkembangan kemahiran pelajar menginterasikan pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu dan kefahaman yang baik tentang peranan sikap kemanusian terhadap kemajuan profesionalisme.
  • Menyediakan pelajar kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat.
  • Menggalakkan pembelajaran kumoulan kecil, keperluan kepada keberkesanan kerja berpasukan dan pembelajaran secara kolaboratif (Barrow &Tamblyn dipetik daripada Suhaimi Makminin,2005)
Ciri-ciri PBM 

Perlaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)

Langkah-langkah tersebut ialah :
  1. Pembahagian Kumpulan
  2. Mengenalpasti Masalah
  3. Menjana Idea
  4. Isu Pelajaran
  5. Pembelajaran Kendiri
  6. Sintesis dan Aplikasi
  7. Refleksi dan Tindak Balas
Proses Menyelasaikan Masalah

Menurut George Polya (1957), sesuatu masalah boleh diselesaikan melalui 4 langkah penyelesaian iaitu :
  • Memahami masalah iaitu menentukan apa yang hendak diselesaikan dan maklumat yang berkaitan dengannya.
  • Menyediakan rancangan penyelesaian iaitu mencari perkaitan antara maklumat yang diberi dengan penyelesaian.
  • Melaksanakan rancangan iaitu melaksanakan apa yang dirancanf dengan teliti, langkah demi langkah
  • Menyemak jawapan iaitu menyemak ketepatan dan kesesuian hasil penyelesaian dengan apa yang hendak diselesaikan. (Widad Othman,et al,2003)
Kelebihan PBM

Menurut Montgomery (2000) antara kelebihan utama PBL berbanding strategi lain yang dicadangkan oleh teori konstruktivisme ialah rangsangan atau stimulasi yang berjaya dihasilkannya olehnya dalam membentuk kognitif pelajar agar lebih bersifat ingin tahu

5.3 PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN

Penggunaan Teknologi Dalam Pegajaran
  • Menggunakan medium persembahan penyampaian seperti slaid,audio dan tayangan video
  • Penggunaan sumber internet dalam pengajaran.
  • Penggunaan email, papan maklumat, blog dan portal mewujudkan komunikasi antara penyampai dengan penerima.
  • Menyenaraikan laman sesawang dan e-jurnal dalam senarai bacaan
  • Memasukkan database dan dataset dalam pengajaran
  • Menggunakan teknologi baharu dalam ujian dan undian dalam bilik darjah.
Persekitaran Blik Darjah Maya (virtual Learning)
  • Pembelajaran berlaku secara online sepenuhnya atau secara gabungan (online dan pertemuan formal) yang dikenali sebagai blended pada peringkat kolej@universiti
  • Kawalan terhadap pembelajaran dibuat oleh institusi yang menyediakan portal pembelajaran.
  • Maklumat dan aktiviti pembelajaran dimuatkan dalam portal pembelajaran
  • Pelajar perlu berdaftar
  • Persekitaran pembelajaran maya meliputi penggunaan papan buletin tidak mementingkan hubungan sosial dengan pengguna.
  • Perkembangan pesat internet boleh membawa kepada perubahan pesat terhadap penggunaan portal pembelajaran dan perisian sosial untuk tujuan pembelajaran.

5.3.1 Reka Bentuk Resos

  • Perkembangan resos pembelajaran berasaskan teknologi ICT :



5.4 PERKEMBANGAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

5.4.1 Persekitaran Pembelajaran Personal (PLE)

PLE 

  • Dikenali sebagai Personal Learning Enviroment
  • Pembelajaran berlaku secara online dalam pelbagai bentuk pilihan pelajar.
  • Pembelajaran formal dan informal boleh berlaku
  • Maklumat isi pelajaran diperoleh melalui pelbagai media dan perisian 
  • Interaksi sosial melalui penggunaan pelbagai media dan perisian sosial
  • Pelajar sendiri yang menentukan arah dan hala tuju pembelajarannya
  • Memenuhi konsep, pembelajaran sepanjang hayat
5.5 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN

Petaksiran ialah 1 proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. 

Tujuan Penaksiran
  1. Proses mendapatkan  gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
  2. Menilai aktiviti yang dijalankann semasa pengajaran dan pembelajaran
  3. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran
  4. Merancang aktivit pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
  5. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif
  6. Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
  7. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

Jenis Penaksiran

  • Penaksiran pembelajaran
  • Penaksiran prestasi
  • Penaksiran berasaskan portfolio
  • Penaksiran kendiri
  • Penakksiran berasaskan komputer

PENGURUSAN EMOSI



KESAN DAN TANDA BURN OUT

BURN OUT






DEFINISI

 Istilah "burnout" mula-mula diperkenalkan oleh Freudenberger (1974) yang menggambarkannya sebagai perasaan kegagalan dan kelesuan akibat tuntutan yang terlalu membebankan ke atas tenaga, sumber-sumber atau ketabahan seseorang. Dalam erti kata yang lain, burnout boleh juga didefinisikan sebagai pilihan terakhir (akibat) apabila satu siri percubaan untuk menangani tekanan negatif, gagal mencapai matlamatnya (Farber, 1984). Pines (1993), semua individu akan mengalami tekanan, tetapi burnout akan hanya dialami oleh individu yang memasuki bidang karier dengan harapan, matlamat, dedikasi, komitmen dan motivasi yang tinggi. Maslach & Jackson (1981a,1981b) telah memperkembang konsep burnout dengan menerangkan bahawa sebenarnya terdapat tiga jenis (subskala) burnout.Ketiga-tiga jenis burnout itu ialah kelesuan emosi (emotional exhaustion), depersonalisasi (depersonalization) dan pencapaian peribadi (personal accomplishment).Mengikut Cordes dan Dougherty (1993), konsep Maslach dan Jackson ini merupakan definisi burnout yang paling banyak diterima oleh para pengkaji. 

JENIS-JENIS BURN OUT

Maslach & Jackson (1981,1981) telah memperkembang konsep burnout dengan menerangkan bahawa sebenarnya terdapat tiga jenis (subskala) burnout. Ketiga-tiga jenis burnout itu ialah kelesuan emosi (emotional exhaustion), depersonalisasi (depersonalization) dan pencapaian peribadi (personal accomplishment).Mengikut Cordes dan Dougherty (1993), konsep Maslach dan Jackson ini merupakan definisi burnout yang paling banyak diterima oleh para pengkaji.



CARA PENGURUSAN STRESS DAN EMOSI