Memaparkan catatan dengan label tekanan emosi dalam kalangan guru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tekanan emosi dalam kalangan guru. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Mac 2015

PENGURUSAN EMOSI



KESAN DAN TANDA BURN OUT

BURN OUT






DEFINISI

 Istilah "burnout" mula-mula diperkenalkan oleh Freudenberger (1974) yang menggambarkannya sebagai perasaan kegagalan dan kelesuan akibat tuntutan yang terlalu membebankan ke atas tenaga, sumber-sumber atau ketabahan seseorang. Dalam erti kata yang lain, burnout boleh juga didefinisikan sebagai pilihan terakhir (akibat) apabila satu siri percubaan untuk menangani tekanan negatif, gagal mencapai matlamatnya (Farber, 1984). Pines (1993), semua individu akan mengalami tekanan, tetapi burnout akan hanya dialami oleh individu yang memasuki bidang karier dengan harapan, matlamat, dedikasi, komitmen dan motivasi yang tinggi. Maslach & Jackson (1981a,1981b) telah memperkembang konsep burnout dengan menerangkan bahawa sebenarnya terdapat tiga jenis (subskala) burnout.Ketiga-tiga jenis burnout itu ialah kelesuan emosi (emotional exhaustion), depersonalisasi (depersonalization) dan pencapaian peribadi (personal accomplishment).Mengikut Cordes dan Dougherty (1993), konsep Maslach dan Jackson ini merupakan definisi burnout yang paling banyak diterima oleh para pengkaji. 

JENIS-JENIS BURN OUT

Maslach & Jackson (1981,1981) telah memperkembang konsep burnout dengan menerangkan bahawa sebenarnya terdapat tiga jenis (subskala) burnout. Ketiga-tiga jenis burnout itu ialah kelesuan emosi (emotional exhaustion), depersonalisasi (depersonalization) dan pencapaian peribadi (personal accomplishment).Mengikut Cordes dan Dougherty (1993), konsep Maslach dan Jackson ini merupakan definisi burnout yang paling banyak diterima oleh para pengkaji.



CARA PENGURUSAN STRESS DAN EMOSI


Rabu, 18 Mac 2015

STRESS-GURU




Petanda stress

•Fizikal
•Emosi
•Mental
•Personaliti
•Tingkah laku

Tahap Stress
•Tahap amaran/ berjaga-jaga
•Tahap Penentangan
•Tahap tenat/kelesuan

•tahap stress bergantung kepada
•jumlah birokrasi
•perubahan dalam organisasi
•teknologi tinggi
•tuntutan pelanggan


Selasa, 17 Mac 2015

BAB 4: TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU



STRESS

Stress merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kesihatan mental yang sering didefinisikan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) adalah kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, ‘kebolehan dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan untuk menyumbang khidmat kepada masyarakat’ (Kempen Cara Hidup Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia,2000). Apabila seseorang itu berhadapan dengan stress, sudah tentu ia akan gagal berfungsi dengan baik di dalam masyarakat.

         Stress
         •Satu penyakit mental
         •Akibat proses penyesuaian diri
         •Beri kesan kepada kehidupan
         •Timbulkan reaksi fizikal dan emosi
         •Timbulkan konflik dalam diri

Punca stress
•ketidakupayaan menghadapi situasi
•halangan /permintaan terlalu tinggi
•pelaksanaan pelbagai reformasi
•hubungan antara individu
•beban kerja-kerja pengkeranian
•karenah pelajar
•pengiktirafan profesional
•sumber pengajaran
•perhubungan kurang baik dengan rakan sekerja
•sikap ibubapa
•sikap pihak pengurusan
•kurang masa rehat