Khamis, 12 Mac 2015

BAB 2: GURU DAN PERUNDANGAN


PENGENALAN

Peraturan Kelakuan Tatatertib adalah satubentuk kawalan ke atas semua penjawatawam untuk menjamin keberkesanan sesuatuorganisasiAntara kandungan yang terdapat dalamperaturan ini adalah:
 - peraturan mengenai kelakuan
 - tanggungjawab serta tugas kawalan dan pengawasan tatatertib
 - prosedur dan tatacara tindakan tatatertib
 - hukuman tatatertib
 - peruntukan pelbagai yang berkaitan

 Golongan guru hendaklah memastikanmartabat perguruan sentiasa dipertingkatkandari semasa ke semasa.Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuandan Tatatertib) telah diperkenalkan untukmenjadi panduan kepada guru dankakitangan kerajaan yang lain dalammelaksanakan tanggungjawab yangdiamanahkan.Dalam konteks pendidikan, setiap guru harusmemahami sepenuhnya peraturan Kelakuandan Tatatertib 1993 dan telahpun dibuatpindaannya pada 2002.Di samping itu Akta Pendidikan 1996 juga harusdiperhalusi dengan teliti demi menjayakanmatlamat pendidikan negara.

 KAWALAN TATATERTIB

Satu alat pengurusan yang penting bagi mewujudkan pentadbiran yang cekap dalam melaksanakan segala fungsi serta tanggungjawab ke arah pencapaian matlamat dan objektif sesebuah jabatan

MATLAMAT TATATERTIB

Supaya pegawai awam melaksanakan tugasdengan cekap, beramanah danbertanggungjawabSupaya pegawai awam meletakkankepentingan awam lebih daripadakepentingan mereka sendiriSupaya Pegawai awam menjaga imejperkhidmatanMenghukum pegawai yang melakukankesalahan atau melanggar peraturan

 Peraturan Pegawai Awam(Kelakuan dan Tatatertib) 1993diperuntukkan di bawah peraturan 4 Bab D Perintah Am.

 Peraturan 4 (1)Perlu sentiasa memberikan kesetiaan kepadaYDPA, negara dan kerajaanBermaksud perlu sentiasamemelihara, mempertahankan kedaulatandan maruah pada negaraContoh kesalahan adalah seperti: - Bersubahat dengan musuh negara - Membocorkan rahsia negara - Memperkecilkan dasar serta tindakan kerajaan - Berlakon dalam filem yang memburukkan- burukkan negara

Peraturan 4(2)Tidak boleh membelakangkan tugasnyademi kepentingan peribadiTidak boleh berkelakuan yangmemungkinkan kepentingan peribadinyabercanggah dengan kepentingan awam.(perlu bertanggungjawab ke atas tugasnyasama ada dalam bilik darjah atau luar bilikdarjah)Seorang pegawai tidak bolehmenggunakan kedudukannya bagikepentingan diri sendiri.Perlu menjaga nama baik profesion. (Tidak boleh mencemarkan nama baik profesion)Perlu cekap atau sentiasa berusaha.Mesti jujur, amanah dan bertanggungjawabTidak boleh menggunakan pengaruh ataumemberi tekanan dalam menyokong ataumemajukan sebarang tuntutanMestilah melaksanakan apa yangdiperintahkan serta perlu tekun

 TATAKELAKUAN YANG DITEGAH SAMA SEKALI ATAU BOLEH DIBUAT DENGAN KEBENARAN

 Peraturan 4A (gangguan seksual)• Tidak boleh melakuan gangguan seksual terhadap orang lain. Definisi gangguan seksual:
- Mengambil kira keadaan seseorang, sama tersinggung atau terhina
- Perbuatan menyatakan sesuatu penyataan yang bersifat seksual
- Tidak kira dilakukan secara lisan, bertulis atau perbuatan

• Dalam konteks profesion keguruan, guru tidak boleh melakukan apa- apa pelakuan yang diistilahkan sebagai gangguan seksual kepada murid, rakan sekerja atau sesiapa sahaja sama ada dalam bilik darjah atau luar bilik darjah
• Guru perlu berhemah sewaktu berkomunikasi

 Peraturan 5 ( pekerjaan luar)
• Penjawat awam tidak boleh mengambil bahagian dengan aktiviti- aktiviti luar
• Walau bagaimanapun, dibenarkan jika mendapat kebenaran ketua jabatan ( ketua sesebuah institusi)
• Ketua jabatan akan pastikan aktiviti ini tidak dilakukan:
 - dalam waktu pejabat dan semasa melaksanakan tugas rasmi
- tidak menjejaskan kebergunaannya sebagai pegawai awam
 - tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam

 Peraturan 23 ( Ketidakhadiran Tanpa Cuti)
• Bermaksud tidak hadir untuk apa-apa tempoh masa dan di tempat sepatutnya beliau hadir untuk tugas rasmi
• Ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau mendapat kebenaran ketua jabatan atau tanpa sebab munasabab boleh dikenakan tindakan tatatertib
.• Contoh pegawai tidak berada di tempat kerja selepas mengetip kad perakam dan muncul semula pada waktu petang

 PERATURAN 23( Peraturan- peraturan lain yang berkaitan)
• Perlu patuhi etika berpakaian seperti yang ditetapkan dalam garis panduan cara berpakaian
• Tidak boleh mengambil atau menggunakan apa-apa dadah berbahaya kecuali atas saranan doktor
• Tidak boleh menerima atau memberikan orang lain apa- apa bentuk hadiah
• Perlu membuat pengisytiharkan harta secara bertulis
• Tidak boleh meminjamkan wang dengan faedah sama ada dengan cagaran atau tidak
• Tidak boleh membuat penyataan awam sama ada lisan atau bertutur

 Tindakan Tatatertib
• Jika seorang penjawat awam melanggar mana-mana peraturan yang termaktub dalam perundangan yang ditetapkan, tindakan tatatertib akan dikenakan
• Jika disabitkan kesalahan, pegawai berkenaan boleh dikenakan tindakan bergantung pada keseriusan kesalahan
• Satu jawatankuasa penyiasat terdiri daripada tidak kurang daripada dua anggota
• Amaran boleh dikeluarkan sekiranya seseorang guru itu tidak mematuhi peraturan- peraturan tatakelakuan dan tatatertib
• Amaran boleh diberi oleh seorang ketua jabatan secara lisan Denda atau lucut hak emolumen
• Segala denda atau lucut hak emolumen hendaklah dipotong daripada emolumen bulanan pegawai itu dan dimasukkan ke dalam hasil kerajaan

Tangguh pergerakkan gaji
• Seseorang pegawai yang dikenakan hukuman tangguh pergerakan gaji tidak berhak untuk menerima apa- apa pergerakan gaji dan dalam tempoh hukuman itu sedang berkuat kuasa Turun pangkat
• Pihak berkuasa tatatertib boleh mengenakan hukuman turun pangkat mengikut cara menurunkan pangkat ke gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang sama

Turun gaji
• Pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan boleh mengenakan hukuman turun gaji ke atas seseorang pegawai mengikut peruntukkan berikut :
- diturunkan secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama
- penurunan gaji tidak boleh melebihi tiga pergerakkan gaji
- tempoh hukuman tidak boleh kurang daripada dua belas bulan tetapi tidak boleh lebih daripada tiga puluh enam bulan

 Rasional Peraturan Tatatertib
• melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab;
• meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri;
• menjaga imej perkhidmatan awam; dan yang melakukan kesalahan/ melanggar peraturan dihukum.

 AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550)
• Merupakan satu perundangan pendidikan yang lengkap dan bersifat futuristik sebagai persediaan dalam menghadapi perubahan abad ke 21
• Satu misi negara menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu dan mencapai aspirasi negara
• Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Akta ini merangkumi skop pendidikan yang lebih luas meliputi semua kategori sekolah yang mengamalkan sistem pendidikan kebangsaan.

TUJUAN
Akta ini adalah untuk menjamin kualiti di dalam sistem pendidikan.
 Akta ini mengawalselia usaha ke arah mempertingkatkan dan meninggikan kualiti pendidikan di peringkat pra sekolah, pendidikan guru, pendidikan khas, pendidikan swasta dan pendidikan teknikal.
 Di bawah akta ini kedudukan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga diberi penekanan dan pengajaran bahasa-bahasa asing yang lain juga digalakkan.
 Akta ini telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 1998. Buku Akta ini boleh dibeli di kebanyakan kedai buku.

 Sistem Pendidikan KebangsaanSistem Pendidikan Kebangsaan terdiridaripada:
1) Pendidikan Prasekolah
2) Pendidikan Rendah
3) Pendidikan Menengah
4) Pendidikan Lepas Menengah
5) Pendidikan Tinggi

Sekolah
• Sekolah bermaksud tempat di mana sepuluh orang murid atau lebih lazimnya diajar sama ada di dalam satu kelas atau lebih.
• Terdapat tiga jenis sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan iaitu:
- Sekolah kerajaan
- Sekolah bantuan kerajaan
- Sekolah swasta

 Pendidikan Khas
• Tidak boleh kurang daripada tempoh pelaksanaan tempoh minimum pendidikan rendah dan pendidikan menengah
• Kurikulum dalam Pendidikan Khas hendaklah mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan setakat yang munasabah Pengajaran Agama Islam
• Sekiranya terdapat lima orang atau lebih orang murid yang menganut agama Islam maka hendaklah diberi pengajaran agama Islam

 Pengajaran Agama selain Agama Islam
• Boleh dijalankan tetapi peruntukkan tersebut tidak dibiayai kerajaan
• Tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain agama yang dianutinya kecuali dengan keizinan ibu bapanya secara bertulis

Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa Penghantar Utama
• Menjadi bahasa penghantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28
• Jika bahasa penghantar utama di sesebuah institusi pendidikan adalah selain bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib

 Kurikulum Kebangsaan untuk Semua Sekolah
• Hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan
• Dalam kurikulum kebangsaan, ditetapkan bahawa murid- murid akan memperoleh pengetahuan , kemahiran dan nilai pada akhir tempoh persekolahan masing- masing

 Peraturan- peraturan Pendidikan Kurikulum Kebangsaan, 1997- menggariskan mata pelajaran teras, wajib dan elektif untuk kelas peralihan dan Tingkatan 6- menggariskan Gerak Kerja Kokurikulum- Ketua pendaftar berkuasa meminda jadual waktu dan sukatan pelajaran

Pendidikan Khas, 1997
• Untuk murid bermasalah pelajaran, penglihatan dan pendengaran
• Guru boleh mengubah kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran serta jadual bagi mencapai matlamat Pendidikan KhasPenilaian dan Peperiksaan, 1997
• Memantau, menasihati dan membuat analisis tentang Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
• Mengendalikan semua peperiksaan

Majalah Sekolah dan Bahan Multimedia, 1998
• Penubuhan jawatankuasa penerbitan sekolah dan pengedaran Majalah Sekolah dan bahan multimedia
• Kuasa dan fungsi jawatankuasa
• Kelulusan Guru Besar atau pengetua untuk penerbitan dan pengedaran

IMPLIKASI AKTA PENDIDIKAN

Falsafah 1996 Pendidikan Kebangsaan menjadi landasan aktaSistem pendidikan dimantapkan meliputi semuaperingkat persekolahanKedudukan bahasa kebangsaan diperkukuhkan Peperiksaan yang samaPendidikan prasekolahan diperluaskanPendidikan teknik dipertingkatkan di sekolah menengah Pendidikan guru diperkukuhPendidikan Khas diberi tumpuan.Mengambil kira kepentingan pendidikan semua kaum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan